Sunday, February 27, 2011

emel

Terharu apabila membaca emel yang dihantarkan oleh beberapa bekas pelajar melalui blog sdary di wordpress. Saya lampirkan di sini supaya dapat dibaca oleh semua orang. Antaranya adalah :

1. Daripada : nowarplz80@yahoo.com
Assalam.. saya sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk belajar di sekolah ini..tahniah kepada semua yang pernah atau sedang berkhidmat di SDARY kerana tidak semua orang berasa bangga apabila berada di sekolah ini.. membawa nama SDARY merupakan satu cabaran..dan sekali lagi tahniah kepada yang berjaya mengangkat SDARY ke tahap yang lebih baik, sama ada perubahan itu yang dapat dinilai ataupun tidak, besar ataupun kecil..

saya juga mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan kakitangan SDARY kerana memberikan tunjuk ajar akademik, nilai-nilai moral dan semangat jati diri secara langsung ataupun tidak, sama ada ketika waktu pembelajaran ataupun di luar waktu pembelajaran..

akhir kata, semoga pelajar SDARY lebih berusaha gigih dan berjaya dengan bimbingan daripada kalian.. semoga Allah memberikan kalian umur yang berkat, kesihatan yang baik, kejayaan dan kebahagian di dunia dan di akhirat.. sekian.



2.  Daripada : manvirago@gmail.com
haiii....sekolah ku..dah terlalu lama tak jengah2 sekolah yang banyak menyimpan berjuta2 kenangan yang tak akan dapat di lupa kan..bila balik kg saya luang kan masa mesti ronda kat kawasan sekolah..rasa nya dah 8 tahun tak jengok sejak p france..saya harap satu hari nanti saya dpt berjumpa dengan cikgu2 dan kekawan  class 4 sastera 4 dan 5 sastera 4.yang pernah mengajar saya ..saya amat2 bersyukur dpt cikgu2 yg tak pernah kenal jemu2 mengajar.majority dalam class tu nakal.skang dah ok dah.......THANKS FOR U ALL;..1983-87


Semoga semua pelajar Sdary yang masih bersekolah, dapat menghargai sekolah semasa masih berada di sini.

Saturday, February 26, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H/2011M

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah diadakan pada 23 Februari 2011 bersamaan 23 Rabiulawal 1432H. Sambutan kali ini bertemakan
 1 MALAYSIA 1 UMMAH.













Tuesday, February 22, 2011

Ujian Formatif 1

Ujian formatif 1 akan dijalankan bermula pada 28 Februari 2011 sehingga 2 Mac 2011. Semua pelajar diingatkan supaya bersedia dengan membuat ulangkaji secukupnya untuk menghadapi ujian ini. Walaupun ia sekadar ujian, janganlah pelajar mengambil ringan akan pesanan Puan Pengetua pada perhimpunan pada hari isnin 21 Februari yang lalu.

Pelajar Sdary mestilah bangkit dari tidur dan mula melakar sejarah dengan pencapaian di luar jangkaan.  Dengan penuh tekad, pelajar Sdary mesti memastikan bahawa Sdary Boleh "MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA"

Monday, February 21, 2011

Program Orientasi Pemimpin 2011

Program ini telah berlangsung pada 19 Februari 2011 hari Sabtu dari jam 10.15am hingga 1.10 pm.

Program ini bertujuan untuk mededahkan pemimpin tetang perihal tugas sebagai PENGERUSI, SETIAUSAHA dan BENDAHARI











Monday, February 14, 2011

TAKWIM PEPERIKSAAN SETARA, PERCUBAAN TAHUN 2011 NEGERI JOHOR DAN PEPERIKSAAN AWAM 2011

BIL
PEPERIKSAAN
TARIKH
CATATAN
1.
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (TING. 1 - 3)
20 HINGGA 27 MEI 2011
Jadual dan Soalan Setara Daerah
2.
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (TING. 4, 5 DAN 6)
9 HINGGA 27 MEI 2011
Jadual dan Soalan Setara Daerah
3.
PERCUBAAN PMR (TING. 3)
12 HINGGA 19 OGOS 2011 (6 HARI)
Jadual Peperiksaan dan Soalan Setara Negeri
4.
PERCUBAAN SPM (TING. 5)
5 HINGGA 26 SEPTEMBER 2011 (14 HARI)
Jadual Peperiksaan dan Soalan Setara Negeri
5.
AKHIR TAHUN (TING. 1 DAN 2)
17 HINGGA 21 OKTOBER 2011
Jadual dan Soalan Setara Daerah
6.
PERTENGAHAN TAHUN (TING. 4 DAN 6 RENDAH)
10 OKTOBER HINGGA 4 NOVEMBER 2011
Jadual dan Soalan Setara Daerah
* Semua maklumat 1 hingga 6 yang tertera adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Pengarah Pelajaran Johor
7.
PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)
4 HINGGA 6 OKTOBER 2011 DAN
10 HINGGA 11 OKTOBER 2011

8.
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
14 NOVEMBER HINGGA 14 DISEMBER


Saturday, February 12, 2011

Larian Perdana Mahkota SDARY


Lebih kurang jam 7.15 pagi, pelajar berkumpul di padang SDARY untuk pendaftaran. Setelah melakukan aktiviti memanaskan badan yang diketuai oleh En Azmi dan Cikgu Lailati sebagai instruktor senamrobik
Peserta yang mengambil bahagian pada Larian Perdana Mahkota SDARY iaitu dari tingkatan 1,2,3,4, dan 5. Mereka dilepaskan secara berasingan.




 Pelajar lelaki dilepaskan terlebih dahulu sebelum dilepaskan pelajar perempuan.

Jarak larian yang sejauh 4.4km ini hanya mengambil masa hampir 1 jam.Semua peserta larian dilepaskan dengan rasminya oleh YDP PIBG SDARY dan Puan Pengetua

 Setelah semua peserta selamat tiba di sekolah, barulah acara penyampaian hadiah dijalankan. Hadiah-hadiah disampaikan oleh En Zulakifli (Penyelia Petang), Pn Latifah(HEM),Pn Hajah Madiah (PK1), En Azmi(PK koko), Tuan Haji Kamaruddin(YDP PIBG) dan Pn Hajah Afrinah(Pengetua SDARY)

Acara Larian Perdana Mahkota SDARY ini juga turut dimeriahkan lagi dengan pengumuman keputusan keseluruhan 'point' yang telah dipungut oleh Rumah sukan masing2...Tempat pertama dimenangi rumah Sigma, kedua Delta, ketiga Alpha dan keempat rumah Beta.
























Tuesday, February 8, 2011

Solat Hajat Bulanan









Syahdu melihat suasana begini kan!

Anak-anak di Sdary tidak lagi seperti yang disangka orang. Kalau seseorang itu sudah lama tidak menjejak kaki ke Sdary, kedatangannya pada hari-hari ini tentunya menimbulkan rasa yang pelbagai. keterlaluan tak kalau saya sebut perasaan itu sebagai rasa ta'jub? Mengapa tidak? Lihatlah Sdary dari dekat....anak2nya baik dan SOLEH. Mulai tahun 2011 ini. pada setiap jumaat, pelajar2 akan digilir-gilirkan untuk menunaikan solat hajat, memohon kepada Allah agar diampuni segala dosa, di luaskan rezeki, di bukakan  hati dan diberkati seluruh kehidupan.   Sebulan sekali, pada pagi yang sama, pelajar2 lelaki dan perempuan, disertai pula oleh guru-guru, akan mendirikan solat hajat secara berjemaah di Balai Bestari.  Semoga Allah memberkati seluruh warga Sdary. Semoga Sdary terus makmur...melahirkan anak2 yang berjaya dan bahagia, di dunia dan akhirat. Amin..