RABU, 16 Mei 2012 - Sekolah SDARY telah mengadakan sambutan hari guru bertempat di Balai Bestari dan Balai Merdeka. Majlis ini telah berlangsung pada pukul 8 pagi. Hari Guru pada tahun ini bertemakan 'Fairy Tail'. Walaupun hujan turun dengan lebat, majlis ini telah dapat disambut dengan meriah. Sepanjang majlis berlangsung, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti persembahan nyanyian oleh para guru, kemudian disambung dengan persembahan oleh pihak pentadbiran dan juga persembahan pelajar. Persembahan pelajar terdiri daripada nyanyian dan tarian. Seterusnya jamuan hari guru telah diraikan di Coffee House, Tropical Inn Hotel Johor Bahru.
SDARY SMK Dato’ Abdul Rahman Yassin yang beralamat di JKR 4418 Jalan Pengangkutan, 81200 Johor Bahru, telah dibina di atas tapak seluas 15 ekar. Bangunan sekolah ini di kelilingi oleh pohon-pohon yang menghijau di kawasan Perumahan MARA dan bersebelahan pula dengan Taman Perumahan Kobena. Setelah dibina bangunan tambahan setinggi 4 tingkat bermula pada 2008, sekolah ini kelihatan tersergam indah dan boleh dilihat dengan jelas melalui lebuhraya Taman Perling ke Pasir Gudang.
No comments:
Post a Comment