SDARY SMK Dato’ Abdul Rahman Yassin yang beralamat di JKR 4418 Jalan Pengangkutan, 81200 Johor Bahru, telah dibina di atas tapak seluas 15 ekar. Bangunan sekolah ini di kelilingi oleh pohon-pohon yang menghijau di kawasan Perumahan MARA dan bersebelahan pula dengan Taman Perumahan Kobena. Setelah dibina bangunan tambahan setinggi 4 tingkat bermula pada 2008, sekolah ini kelihatan tersergam indah dan boleh dilihat dengan jelas melalui lebuhraya Taman Perling ke Pasir Gudang.
Sunday, February 12, 2012
MINGGU MAULIDUR RASUL 2012
pada 13 hingga 17 februari, sekali lagi SDARY mengadakan minggu maulidur rasul bertemakan PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH. Di sepanjang minggu ini, terdapat beberapa aktiviti yang akan dijalankan seperti Hafazan, Tilawah Al Quran, Kuiz bertulis, Kuiz spontan, pertandingan nasyid, pertandingan azan dan pertandingan sepanduk antara unit uniform. Di harap pelajar SDARY dapat menampilkan kebolehan diri melalui pertandingan yang akan diadakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment