SDARY SMK Dato’ Abdul Rahman Yassin yang beralamat di JKR 4418 Jalan Pengangkutan, 81200 Johor Bahru, telah dibina di atas tapak seluas 15 ekar. Bangunan sekolah ini di kelilingi oleh pohon-pohon yang menghijau di kawasan Perumahan MARA dan bersebelahan pula dengan Taman Perumahan Kobena. Setelah dibina bangunan tambahan setinggi 4 tingkat bermula pada 2008, sekolah ini kelihatan tersergam indah dan boleh dilihat dengan jelas melalui lebuhraya Taman Perling ke Pasir Gudang.
Sunday, February 26, 2012
PELANTIKAN PEMIMPIN SESI PERSEKOLAHAN 2012
Pelantikan Pemimpin bagi Sesi Persekolahan 2012 telah diadakan pada 23 Februari 2012 iaitu pada hari Khamis. Majlis ini diadakan bagi menghargai pemimpin sekolah, termasuklah Badan Pengawas, Pengerusi Unit Uniform, Pengerusi Rumah Sukan, Pengerusi Kelab dan Persatuan, Pengerusi Sukan dan Permainan dan juga Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan.
Pelantikan pada kali ini , telah dirasmikan oleh YDP PIBG, Tuan Haji Kamaruddin Bin Bujang. Diharap semua pemimpin dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan saksama.
Labels:
program
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment