Mesyuarat guru : bermula pada 27 Disember 2011
Cuti Hol Almarhum Sultan Johor : 31 Disember 2011
Pendaftaran tingkatan 1 : 2 Januari 2012
Sesi persekolahan bermula : 4 Januari 2012

SDARY SMK Dato’ Abdul Rahman Yassin yang beralamat di JKR 4418 Jalan Pengangkutan, 81200 Johor Bahru, telah dibina di atas tapak seluas 15 ekar. Bangunan sekolah ini di kelilingi oleh pohon-pohon yang menghijau di kawasan Perumahan MARA dan bersebelahan pula dengan Taman Perumahan Kobena. Setelah dibina bangunan tambahan setinggi 4 tingkat bermula pada 2008, sekolah ini kelihatan tersergam indah dan boleh dilihat dengan jelas melalui lebuhraya Taman Perling ke Pasir Gudang.
Wednesday, December 7, 2011
Monday, October 31, 2011
MAJLIS ASPRESIASI DAN GRADUASI GEMILANG 2011
Pada 15 Oktober 2011, telah berlansungnya Majlis Aspresiasi dan graduasi di Balai Merdeka SDARY. Tujuan utama majlis tersebut adalah untuk menghargai pengorbanan dan jasa2 pelajar-pelajar dan guru-guru yang aktif dalam kegiatan Kokurikulum sekolah serta meraikan pelajar tingkatan 5 yang akan tamat persekolahan nanti. Antara anugerah yang disampaikan adalah, Anugerah Perak,Anugerah Gangsa, Anugerah Emas, Anugerah Pekerti Cemerlang, Anugerah Guru Aktif, dan Anugerah Permata Budi.
Anugerah Permata Budi : Saudara Suhaimi bin Daud
Ketibaan VIP
Friday, August 12, 2011
IHYA' RAMADHAN DAN SOLAT HAJAT PERDANA
Pada 12 Ogos 2011 bersamaan 12 Ramadhan 1432H, SDARY telah mengadakan program IHYA' RAMADHAN DAN SOLAT HAJAT PERDANA peringkat sekolah. Antara objektifnya adalah untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari lahiriah dan rohaniah pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM serta melahirkan rasa cinta dengan sunnah Rasulullah saw.
Aktiviti yang telah dijalankan adalah penyediaan hidangan untuk berbuka puasa, bacaan Yassin dan Tahlil, Tazkirah Ramadhan, Solat fardhu berjemaah, Iftar Jama'i Solat Tarawih berjemaah dan Solat Hajat Perdana.
Aktiviti yang telah dijalankan adalah penyediaan hidangan untuk berbuka puasa, bacaan Yassin dan Tahlil, Tazkirah Ramadhan, Solat fardhu berjemaah, Iftar Jama'i Solat Tarawih berjemaah dan Solat Hajat Perdana.
Tazkirah daripada Ustaz Mansor
Berbuka puasa
Penceramah Jemputan
Solat Hajat
Ketika Majlis bacaan Yassin dan Tahlil
GALA KO-KURIKULUM 2011

Þ Memberi pengetahuan dan pengalaman dalam penglibatan kawad kaki.
Þ Memberi pengetahuan dan mengenali logo serta lagu pasukan unit beruniform
Þ Memberi peluang murid memperkembangkan minat dan potensi dalam bidang seni.
Þ Memupuk semangat kerjasama dalam pasukan melibatkan unit beruniform,kelab sukan/permainan dan kelab persatuan.
Þ Memberi pengalaman kepada murid menjalani aktiviti berfaedah pada masa senggang.
Þ Membentuk ketrampilan diri murid.
Þ Mewujudkan dan memupuk rasa sayang kepada sekolah.
Þ Memupuk rasa suka dan berminat mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah.
Demonstrasi Pertolongan Cemas-Persatuan Bulan Sabit Merah
Pertandingan Lagu Rasmi unit beruniform-Kadet Laut
Pertandingan Kawad kaki-Kadet Pertahanan Awam
Barisan Pengadil Pertandingan Kawad Kaki
Keputusan Rasmi Pertandingan
Melukis logo (Unit Uniform sesi petang) - PBSM
Tarian Zapin (Kelab & Persatuan) - Kelab Kebudayaan
Futsal (Sukan & Permainan) - Perempuan (ALPHA), Lelaki (DELTA)
Kawad Kaki (Unit Beruniform) - Kadet Laut
Nyanyian Lagu Rasmi (Unit Uniform) - Kadet Laut
Saturday, July 9, 2011
09/07/2011
SDARY telah mengadakan tiga program dengan jayanya pada 9 Julai 2011
Pengurusan Stress yang berlansung pada jam 7.30 pagi hinggga 8.30 pagi yang bertempat di Balai Merdeka
LDP Profesional Learning Community :Lesson Study
Oleh: En Mohd Khair bin Mohaidin, Penolong Pengarah Sains
di Bilik Mesyuarat SDARY
Jam 9.00 pagi hingga 11.15pagi
Program Back To School oleh Alumni SDARY tahun 1990 yang berlangsung di bilik Al-Ghazali pada jam 9.30 pagi hingga jam 1.00 petang
KAJIAN TINDAKAN
SISTEM KUTIPAN REKOD KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU bolehlah layari web ini untuk daftar tajuk kajian tindakan :
http://ppdjb.edu.my/jbdat/kajian/index.php
Disini adalah soft copy bagi Kajian Tidakan
http://ictsdary.wordpress.com/2011/07/10/kajian-tindakan/
http://ppdjb.edu.my/jbdat/kajian/index.php
Disini adalah soft copy bagi Kajian Tidakan
http://ictsdary.wordpress.com/2011/07/10/kajian-tindakan/
Friday, July 8, 2011
BACK TO SCHOOL
Program BACK TO SCHOOL akan diadakan pada Sabtu 09 Julai 2011 jam 9.30 pagi, Sasarannya adalah Alumni SDARY..Bertempat di Bilik Al-Ghazali, SDARY...Semua Alumni dialu alukan hadir .. :)
Wednesday, July 6, 2011
Tuesday, July 5, 2011
Temasya Sukan 2011
Temasya Sukan Tahunan ke - 34 SDARY 2011 telah diadakan pada 05 Julai 2011
Temasya Sukan pada kali ini bertemakan 1 murid 1 Sukan dengan jayanya telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Kamaruddin bin Sa'ayun Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah JB.
Perbarisan Kadet Laut, lintas hormat Timbalan PPD JB
Kontijen Pendidikan Khas
Kontijen Kadet Laut -Selaku Johan Perbarisan Unit Beruniform diketuai oleh saudara Suhaimi bin Daud
Kontijen Kadet Remaja Sekolah
Kontijen Kadet Polis Wanita- Mendapat naib johan unit beruniform
Kontijen Puteri Islam
Kontijen Kadet Pertahanan Awam (KPAM)
Kontijen Bulan Sabit Merah
Perbarisan Rumah Sukan SIGMA
Perbarisan Rumah Sukan DELTA
Perbarisan Rumah Sukan ALPHA-Johan Pembarisan Rumah Sukan
Perbarisan Rumah Sukan BETA
Barisan VIP
Rumah-rumah Sukan
Acara 100m Pendidikan Khas
OLAHRAGAWAN-Saudara Danial Bin Yusof
OLAHRAGAWATI-Saudari Norshahira Bt Osman
KEPUTUSAN
JOHAN PEMBARISAN RUMAH SUKAN - ALPHA
JOHAN UNIT BERUNIFORM - KADET LAUT
JOHAN TARIK TALI - DELTA
JOHAN PERHIASAN RUMAH SUKAN - DELTA
JOHAN SENAMROBIK - DELTA
KEPUTUSAN KESELURUHAN
TEMPAT PERTAMA - SIGMA
TEMPAT KEDUA - ALPHA
TEMPAT KETIGA - DELTA
TEMPAT KEEMPAT - BETA
Friday, May 27, 2011
Tahniah! dan Syabas! pada pasukan bola sepak SDARY
Tahniah dan Syabas diucapkan pada pasukan bola sepak SDARY kerana telah mendapat JOHAN di peringkat Daerah Johor Bahru baru-baru ini, seterusnya mengharumkan nama SDARY.
Tahniah juga kepada guru-guru yang diketuai oleh Ustaz Mansor dan En Fauzi.
Sunday, May 22, 2011
Lawatan Penanda Aras Profesionalisme SDARY ke MOZAC
Pada 21 Mei 2011 guru-guru SDARY telah mengadakan lawatan penanda aras ke SM Sains Muzaffar Syah di Ayer Keroh ,Melaka. Lawatan ini diadakan atas dasar memberi pendedahan tentang pengurusan sekolah Berprestasi tinggi kepada guru-guru. Di samping itu, guru-guru dapat membina sikap positif berkekalan dalam usaha membina kejayaan serta mampu menangani stress. Guru-guru juga dapat mengetahui dan dapat mengaplikasi sebahagian pengurusan Sekolah Berprestasi Tnggi ke sekolah Menengah Biasa di samping dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru-guru. Jutaan terima kasih kepada pihak MOZAC kerana telah menerima kunjungan kami.
Guru-guru Berkumpul dan bertolak dari SDARY jam 7.00 pagiTiba di MOZAC lebih kurang jam 10.30 pagi
Menuju ke destinasi
Diberi taklimat di bilik Gerakan MOZAC
Boleh tahan juga kemudahan di Mozac. Tak percaya, lihatlah sendiri.
Di antara kekuatan Mozac ialah pembangunan ICTnya. Sila lihat di sini untuk pautan ke blog Mozac.
Anda juga tidak akan kecewa untuk mendapatkan set kertas soalan dan skema jawapan daripada blog koleksi kertas soalan seluruh Negara Malaysia di sini. Terima kasih Mozac. Semoga Allah terus melimpah ruahkan rezekinya tanpa batas kepada seluruh warga Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah Melaka.
Ahli rombongan Sdary bergambar beramai-ramai di depan bangunan akademik Mozac.
Destinasi terakhir, melawat Melaka Bandaraya Bersejarah. Mmmm....memang lumayan.
Subscribe to:
Posts (Atom)