Sunday, February 26, 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 36 DAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433 HIJRAH


Sabtu 25 Februari 2012 telah berlangsungnya dua Majlis serentak iaitu Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Sambutan Maulidur Rasul. 

Terdapat 7 unit uniform telah mengambil bahagian dalam pertandingan kain rentang yang bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah. 

Majlis ini dimulakan dengan paluan Kompang yang diketuai oleh Cikgu Zainal dan selawat ke atas Nabi sambil berarak di sekitar kawasan. Majlis ini kemudiannya diserikan lagi dengan persembahan video dan persembahan Marhaban dan Nasyid serta tidak kurang hebatnya penceramah jemputan yang hadir untuk memeriahkan lagi majlis untuk kita menghayati perjuangan Rasulullah S.A.W.



Add caption


Mesyuarat PIBG telah diadakan di Balai Merdeka, telah mendapat sambutan menggalakkan daripada ibu bapa. Antara agenda mesyuarat adalah pembentangan bajet 2011yang lepas dan cadangan bayaran PIBG pada tahun ini.

Mesyuarat ini dengan rasminya ditanguhkan tepat jam 10.30 pagi.

PELANTIKAN PEMIMPIN SESI PERSEKOLAHAN 2012


Pelantikan Pemimpin bagi Sesi Persekolahan 2012 telah diadakan pada 23 Februari 2012 iaitu pada hari Khamis.  Majlis ini diadakan bagi menghargai pemimpin sekolah, termasuklah Badan Pengawas, Pengerusi Unit Uniform, Pengerusi Rumah Sukan, Pengerusi Kelab dan Persatuan, Pengerusi Sukan dan Permainan dan juga Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan.

Pelantikan pada kali ini , telah dirasmikan oleh YDP PIBG,  Tuan Haji Kamaruddin Bin Bujang. Diharap semua pemimpin dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan saksama.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2012


Pada 17, 18 dan 19 Februari 2012 pihak Kokurikulum SDARY telah mengadakan perkhemahan Unit Beruniform Bagi pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3. Perkhemahan ini telah diadakan dengan jayanya dengan kehadiran hampir 150 pelajar. 

Antara aktiviti yang telah dilakukan adalah, mendirikan khemah, aktiviti burung hantu, solat berjemaah setiap waktu, senaman pagi, kawad kaki, orietering, demo kadet polis, asas ikatan, pertolongan cemas, sukaneka dan malam kebudayaan.

Sunday, February 12, 2012

MINGGU MAULIDUR RASUL 2012

pada 13 hingga 17 februari, sekali lagi SDARY mengadakan minggu maulidur rasul bertemakan PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH. Di sepanjang minggu ini, terdapat beberapa aktiviti yang akan dijalankan seperti Hafazan, Tilawah Al Quran, Kuiz bertulis, Kuiz spontan, pertandingan nasyid, pertandingan azan dan pertandingan sepanduk antara unit uniform. Di harap pelajar SDARY dapat menampilkan kebolehan diri melalui pertandingan yang akan diadakan.