Saturday, February 12, 2011

Larian Perdana Mahkota SDARY


Lebih kurang jam 7.15 pagi, pelajar berkumpul di padang SDARY untuk pendaftaran. Setelah melakukan aktiviti memanaskan badan yang diketuai oleh En Azmi dan Cikgu Lailati sebagai instruktor senamrobik
Peserta yang mengambil bahagian pada Larian Perdana Mahkota SDARY iaitu dari tingkatan 1,2,3,4, dan 5. Mereka dilepaskan secara berasingan.




 Pelajar lelaki dilepaskan terlebih dahulu sebelum dilepaskan pelajar perempuan.

Jarak larian yang sejauh 4.4km ini hanya mengambil masa hampir 1 jam.Semua peserta larian dilepaskan dengan rasminya oleh YDP PIBG SDARY dan Puan Pengetua

 Setelah semua peserta selamat tiba di sekolah, barulah acara penyampaian hadiah dijalankan. Hadiah-hadiah disampaikan oleh En Zulakifli (Penyelia Petang), Pn Latifah(HEM),Pn Hajah Madiah (PK1), En Azmi(PK koko), Tuan Haji Kamaruddin(YDP PIBG) dan Pn Hajah Afrinah(Pengetua SDARY)

Acara Larian Perdana Mahkota SDARY ini juga turut dimeriahkan lagi dengan pengumuman keputusan keseluruhan 'point' yang telah dipungut oleh Rumah sukan masing2...Tempat pertama dimenangi rumah Sigma, kedua Delta, ketiga Alpha dan keempat rumah Beta.
























1 comment:

  1. wah,,bangga tol la menang.. at least dpt no..lao un last..hehe

    ReplyDelete