Friday, May 27, 2011

Pelajar Pendidikan Khas 2011






Tahniah! dan Syabas! pada pasukan bola sepak SDARY


Tahniah dan Syabas diucapkan pada pasukan bola sepak SDARY kerana telah mendapat JOHAN di peringkat Daerah Johor Bahru baru-baru ini, seterusnya mengharumkan nama SDARY.
Tahniah juga kepada guru-guru yang diketuai oleh Ustaz Mansor dan En Fauzi.

Sunday, May 22, 2011

Lawatan Penanda Aras Profesionalisme SDARY ke MOZAC

Pada 21 Mei 2011 guru-guru SDARY telah mengadakan lawatan penanda aras ke SM Sains Muzaffar Syah di Ayer Keroh ,Melaka. Lawatan ini diadakan atas dasar memberi pendedahan tentang pengurusan sekolah Berprestasi tinggi kepada guru-guru. Di samping itu, guru-guru dapat membina sikap positif berkekalan dalam usaha membina kejayaan serta mampu menangani stress. Guru-guru juga dapat mengetahui dan dapat mengaplikasi sebahagian pengurusan Sekolah Berprestasi Tnggi ke sekolah Menengah Biasa di samping dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru-guru. Jutaan terima kasih kepada pihak MOZAC kerana telah menerima kunjungan kami.
                                     Guru-guru Berkumpul dan bertolak dari SDARY jam 7.00 pagi


                                         Tiba di MOZAC lebih kurang jam 10.30 pagi

                                                                      Menuju ke destinasi


Diberi taklimat di bilik Gerakan MOZAC 

Boleh tahan juga kemudahan di Mozac. Tak percaya, lihatlah sendiri.
Di antara kekuatan Mozac ialah pembangunan ICTnya. Sila lihat di sini untuk pautan ke blog Mozac.
Anda juga tidak akan kecewa untuk mendapatkan set kertas soalan dan skema jawapan daripada blog koleksi kertas soalan seluruh Negara Malaysia di sini. Terima kasih Mozac. Semoga Allah terus melimpah ruahkan rezekinya tanpa batas kepada seluruh warga Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah Melaka.


Ahli rombongan Sdary bergambar beramai-ramai di depan bangunan akademik Mozac.


Destinasi terakhir, melawat Melaka Bandaraya Bersejarah. Mmmm....memang lumayan.  



Tuesday, May 17, 2011

When Cik Cham Says Goodbye

Pada 14 Mei yang lalu, Cik Cham Juat Eng (Ketua Bidang Sains dan Matematik Sdary) menyambut hari lahirnya yang ke 58, sekaligus menamatkan perkhidmatannya setelah berada di Sdary selama 25 tahun.  Majlis meraikan persaraan telah diadakan pada Sambutan Hari Guru Sdary yang berlangsung pada 16 Mei 2011. Tentunya sambutan kalli ini sangat istimewa untuk Cik Cham, kerana selepas ini beliau tidak lagi akan menyambutnya bersama warga Sdary di sekolah.  Semua warga Sdary mengucapkan Selamat Bersara kepada Cik Cham. Semoga Cik Cham hidup berbahagia bersama keluarga dan menikmati kehidupan setelah begitu lama menabur bakti di sekolah khususnya di SMK Dato Abdul Rahman Yassin. Kami amat yakin Cik Cham akan merindui sekolah sebagaimana kami akan merindui kehadirannya. Tiada sehebatnya dalam P&P Matematik Tambahan khususnya dan Matematik SPM amnya.

Jika Cik Cham rindukan kami, jenguk-jenguklah Sdary bila-bila masa sahaja yang Cik Cham suka.


Cenderahati untuk Cik Cham yang disayangi semua orang...Selamat Bersara Cik Cham!

Cikgu Cham jadi-jadian....


" Haha...saya selalu katakan...saya mesti masuk kelas 5 Cerdas dengan cepat, sebab kelas mereka bising seperti Pasar Ikan dan Pasar Sayur!!!"

"Owh! Saya takkan lupakan sambutan Hari Guru tahun ini...saaangat sensational...I feel like I want to cry!"


" 25 tahun berlalu bagai sekelip mata sahaja".
"Tiada kerjaya yang lain seperti kerjaya seorang guru, menjadi guru, saya sentiasa merasa muda kerana bergaul dengan pelajar yang muda"



Faizal pun...ambil kesempatan juga ya.

Langit pun menangis juga pada hari itu.




Sebenarnya, pada hari guru tempoh hari, ada slide show yang dah disediakan untuk Cik Cham tetapi tidak sempat ditayangkan. Jika sudi boleh download slideshow untuk Cik Cham di sini

Sambutan Hari Guru 2011





Hari Guru SMK Dato Abdul Rahman Yassin 2011, disambut meriah pada Isnin, 16 Mei 2011. Tema tahun ini adalah MERAH jangan MARAH.  Bercahaya muka para guru yang hadir mngagayakan pakaian merah masing-masing. Bila dah duduk berkumpul dengan pakaian warna serupa, terserlahlah kesatuan jiwa antara guru. Semua bersatu hati meraikan hari bahagia mereka....mmmm apa yang membahagiakan ya.? Ada guru-guru beritahu, yang bahagianya ialah...pada Hari Guru, guru pergi sekolah tetapi tidak perlu mengajar, bahkan mereka pula diraikan. Memang Best!

Agak terkial-kial jugalah menyanyikan lagu baru Tema Hari guru tahun ini. Walaupn ada liriknya dalam buku program, lagunya ada yang tak pernah dengar langsung. Tak apa. macamana pun, cikgu2 menyanyi memang best!

En Azmi termenung jauh, siapalah yang dia nampak di atas pentas sana tu...........




Yang ini agak dahsyat  juga. Dengar cerita cikgu ni main bersungguh, sampai leher jadi jam, tak boleh nak berpusin. Yes! Cikgu Haizam memang hebat!  Asyik menang aje  ya!

Tuesday, May 10, 2011

Minggu Bahasa 2011


Pelancaran Minggu Bahasa 2011

Tahniah Pasukan Sofbol Sdary!


Pasukan sofbol Sdary telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan sofbol MSSD yang berlangsung pada 6-8 Mei yang lalu. Tahniah dan syabas atas pencapaian yang semakin meningkat berbanding tempat ke tiga di tahun lalu. Tahun ini adalah tahun kemenangan Sdary, Insyaallah tahun depan, kita sasarkan Johan...


Tahniah kepada ahli pasukan dan guru-guru yang diketuai oleh En Youssainier Yusof.
Sdary...Menyerlah Jauh dari yang BIASA!