Monday, March 28, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG KE 35 DAN MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2011

Mesyuarat Agung PIBG  kali ke 35 dan Majlis Anugerah Cemerlang  telah berlangsung pada hari Sabtu, 26 Mac 2011 di Balai Merdeka. Majlis dimulai dengan mesyuarat agung di mana AJK baru PIBG dilantik. Pemilihan telah mengekalkan Tn Hj Kamarudin bin Bujang sebagai Yang Di Pertua PIBG dan En Azhar  bin Ahmad sebagai timbalannya.  Beberapa wajah baru turut menyertai AJK kali ini di samping pengekalan Pn Rohana sebagai salah seorang AJK.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato Hj Osman bin Hj Sapian, ADUN Kawasan Kempas yang tiba lebih kurang pada jam 11.00 pagi. YB telah disambut meriah dengan paluan kompang dan perbarisan kawat statik oleh anggota PKBM Laut dan Kadet Polis yang segak semuanya. Di dalam ucapan YB Dato', beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 000 untuk pembelian beberapa buah komputer, projektor LCD dan printer bagi meningkatkan kemudahan P&P di Sdary. Terima kasih Dato', semoga Allah membalas jasa Dato' dengan kebaikan yang berlipat ganda.

Di hujung ucapan YB Dato', beliau juga turut melancarkan sumbangan beberapa naskah akhbar Utusan
 Malaysia pada setiap hari rabu yang bernilai hampir RM 8000. Hasrat beliau untuk menaikkan nama Sdary sebagai sekolah yang ternama dengan kecemerlangan bukanlah hanya bersandarkan harapan, tetapi turut disertai dengan sumbangan demi sumbangan yang bermakna. Semoga seluruh warga Sdary menghargai setiap sumbangan yang diberikan, melangkah ke hadapan dengan penuh semangat juang, melakar kemenangan demi kemenangan sehingga semua anak Sdary mampu berganding sebarisan dengan pelajar-pelajar dari sekolah ternama yang lain.


PKBM Laut yang kacak


Kadet Polis yang segak


Persembahan Tarian oleh Pelajar Tingkatan 2


Kugiran....


Pemain drum ni...agak mengancam juga


Pn Hjh Afrinah, YB Dato' Osman Sapian & Tn Hj Kamarudin Bujang

 
Tarian....persembahan pelajar sesi pagi


Hadirin....


Trofi kecemerlangan


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang


YB Dato Hj Osman bin Haji Sapian menyampaikan ucapan perasmian


Sumbangan akhbar Utusan Malaysia setiap rabu oleh YB Dato..penyerahan replika cek kepada wakil 
Utusan Malaysia


Pelajar Cemerlang Nurul Fariha Ieza binti Zulkifli


Pelajar Terbaik SPM ...Saudara Ng Joo Hong

                                      
                                Panitia Cemerlang SPM, Matematik diterima oleh Pn Hjh Madiah      


............dan Cik Cham Juat Eng...serta beberapa guru Matematik yang lain.

1 comment:

  1. Articles explore sustainable pesticide alternatives developed through green chemistry. Watch Hulu Movies Blogs and articles feature eco-friendly fashion brands and advocate for the slow fashion movement.

    ReplyDelete