Pada awal penubuhannya, iaitu pada tahun 1970, sekolah ini telah menggunakan nama Sekolah Menengah Rendah Tampoi. Namun begitu, bermula pada 31 Ogos 1981, nama sekolah ini telah ditukar kepada SMK Dato Abdul Rahman Yassin (SDARY), bersempena nama salah seorang tokoh negarawan yang terulung di negeri Johor iaitu, Dato Abdul Rahman bin Mohamed Yassin.
Peringkat awal ia dibangunkan, SDARY hanya terdiri daripada 5 blok dan kurang mempunyai kemudahan prasarana seperti air dan bekalan elektrik. Namun begitu, atas inisiatif para pemimpin masyarakat dan penduduk setempat, akhirnya SMK Dato Abdul Rahman Yassin dapat dibangunkan secara berperingkat-peringkat. Pada tahun 1975 umpamanya, pihak sekolah telah menerima sebuah surau atas sumbangan Dato’ Mohamed bin Rahmat yang ketika itu merupakan Menteri Penerangan Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Pulai. Pada tahun 1987 pula, bangunan Blok D dibina melalui konsep gotong royong. Manakala pada tahun 1991, sekolah ini terus gah berdiri dengan terbinanya blok E demi menampung jumlah pelajar yang kian bertambah. Melalui Rancangan Malaysia ke 9, SDARY menerima satu blok akademik dan satu blok Bengkel Kemahiran Hidup dan Makmal Sains setinggi 4 tingkat.
Sekolah ini yang beroperasi secara dua sesi, kini boleh menampung seramai 1300 pelajar dengan 96 orang tenaga pengajar termasuk 30 orang pelajar Pendidikan Khas berserta 6 orang guru Pendidikan Khas. Selari dengan perkembangannya, SDARY yang pada awalnya hanya menawarkan aliran sastera kini turut menawarkan aliran Sains Tulen, Sains Komputer dan matapelajaran Vokasional iaitu Katering dan Penyajian yang jarang-jarang sekali ditawarkan oleh sekolah-sekolah lain di negeri Johor ini. Sehingga tahun 2011 seramai 9 orang pengetua telah menerajui SDARY iaitu : -
Tempoh
|
Nama Pengetua
|
15.02.1969 – 15.02.1979
|
En Sivalingam a/l Ponabalan
|
01.01.1980 – 14.05.1984
|
Tn Hj Affandi bin Talib
|
15.05.1984 – 11.05.1986
|
En Mohd Sharipundin bin Mahmod
|
16.02.1986 – 11.05.1994
|
Tn Hj Ali bin Abd Jabar
|
01.02.1995 – 10.03.2003
|
Pn Hjh Fatimah bt Abdul Jalil
|
30.06.2003 – 01.01.2007
|
En Juhair bin Jumaat
|
01.01.2007 – 16.01.2008
|
Pn Hjh Norizah binti Abdul Manap
|
16.01.2008 – 30.11.2010
|
Pn Sallina binti Hussain
|
01.12.2010 - 01.01.2014
|
Pn Hjh Afrinah binti Mohd Ikhsan
|
01.01.2014 – 01.12.2015
|
Pn Marcella Bt Darus
|
01.12.2015 – Kini
|
Pn Rogayah Bt Abdullah
|
Salam & salam ceria warga SDARY,
ReplyDeleteBagi seluruh bekas pelajar SDARY minta kerjasama mendaftar sebagai ahli Alumni SDARY di halaman rasmi http://alumnisdary.my
Terima kasih ~ admin@alumnisdary.my
Saya daftar
Deletesekolah sdary memang terbaek ......kot
ReplyDeleteThorrrbaek
Deletemaaf, boleh kongsikan sikit sumbangan sekolah & sejarah yang lebih terperinci... saya nakbuat sedikit kajian sejarah utk assignment ... =)
ReplyDeleteAsSalam. Apa khabar PKBML DARY sekarang? Saya bekas Guru Penasihat PKBML 1994 hingga 1998.
ReplyDeleteAssalam, boleh saya tahu nama Cikgu ?
Deletesaya sabri salah seorang pelajar yang aktif pada masa itu... :-)
Ya Sabri.. Kita johan perbarisan sekolah tahun 1996,form three
DeleteYa Salam... Apa khabar cikgu?
DeleteCIkgu rahim la tu...saya ex PKBML 1994-1996
DeleteAlhamdulillah cikgu. PKBML Sdary masih lagi aktif
ReplyDeleteInsyallah, kami akan kemaskini maklumat berkaitan sekolah ini dari masa ke semasa
ReplyDeleteSDARY SEK YANG TERBAIK.. 99
ReplyDeletePKBM (L)
Batch 1976-1978. Masa tu nama sekolah tak glamor. Alhamdulillah dah mewah skrg. SDARY Vs SMRT. Syabas.
ReplyDeleteMencari album sdary tahun 1987
ReplyDeletehi,selamat petang,blh tak buat surat buka bank saving accout=bank simpanan natiol untuk anak saya
ReplyDeletekalau blh call saya mr wong 01163185881,terima kasih
ReplyDeleteSelamat Sejahtera Sdary.Jasamu tetap dikenang,terima kasih semua. Semoga Sdary terus ke puncak kejayaan.
ReplyDeleteSaya bacth 1994-1998
ReplyDelete