Friday, August 12, 2011

IHYA' RAMADHAN DAN SOLAT HAJAT PERDANA

Pada 12 Ogos 2011 bersamaan 12 Ramadhan 1432H, SDARY telah mengadakan program IHYA' RAMADHAN DAN SOLAT HAJAT PERDANA peringkat sekolah. Antara objektifnya adalah untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari lahiriah dan rohaniah pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM serta melahirkan rasa cinta dengan sunnah Rasulullah saw.

Aktiviti yang telah dijalankan adalah penyediaan hidangan untuk berbuka puasa, bacaan Yassin dan Tahlil, Tazkirah Ramadhan, Solat fardhu berjemaah, Iftar Jama'i Solat Tarawih berjemaah dan Solat Hajat Perdana.


 Tazkirah daripada Ustaz Mansor
 Berbuka puasa
 Penceramah Jemputan
 Solat Hajat

 Ketika Majlis bacaan Yassin dan Tahlil

GALA KO-KURIKULUM 2011

Pada 21 hingga 23 Julai 2011 yang lepas, telah berlangsungnya GALA KO-KURIKULUM peringkat sekolah. Objektif utamanya adalah untuk :
 
Þ Memberi pengetahuan dan pengalaman dalam penglibatan kawad kaki.

Þ Memberi pengetahuan dan mengenali logo serta lagu pasukan unit beruniform

Þ Memberi peluang murid memperkembangkan minat dan potensi dalam bidang seni.

Þ Memupuk semangat kerjasama dalam pasukan melibatkan unit beruniform,kelab sukan/permainan dan kelab persatuan.

Þ Memberi pengalaman kepada murid menjalani aktiviti berfaedah pada masa senggang.

Þ Membentuk ketrampilan diri murid.

Þ Mewujudkan dan memupuk rasa sayang kepada sekolah.

Þ Memupuk rasa suka dan berminat mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah.

Beberapa gambar semasa acara dilangsungkan:

 Demonstrasi Pertolongan Cemas-Persatuan Bulan Sabit Merah
 Pertandingan Lagu Rasmi unit beruniform-Kadet Laut
 Pertandingan Kawad kaki-Kadet Pertahanan Awam
 Barisan Pengadil Pertandingan Kawad Kaki


Keputusan Rasmi Pertandingan
Melukis logo (Unit Uniform sesi petang)                - PBSM
Tarian Zapin (Kelab & Persatuan)                          - Kelab Kebudayaan
Futsal (Sukan & Permainan)                                   - Perempuan (ALPHA), Lelaki (DELTA)
Kawad Kaki (Unit Beruniform)                                - Kadet Laut
Nyanyian Lagu Rasmi (Unit Uniform)                     - Kadet Laut