Sunday, October 7, 2012

MAJLIS MOHON RESTU PMR 2012

TARIKH : 8.9.2012
TEMPAT : BALAI BESTARI

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR ANAK-ANAK SDARY !!
SEMUA GURU-GURU MENDOAKAN KEJAYAAN...
USAHA TANGGA KEJAYAAN..
SDARY BOLEH!! 
YAKIN! 
USAHA! 
TAWAKAL! 
INSYAALLAH MESTI BOLEH BERJAYA!!



PERASMIAN MEMORABILIA AL-GHAZALI

TARIKH : 29.9.2012

DIRASMIKAN OLEH:
ENCIK ABDUL AZIZ BIN HJ. REDWAN, KETUA SEKTOR, SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH JPN JOHOR














Galeri ini ditubuhkan hasil usaha Pn. Hjh Afrinah, guru-guru serta pelajar yang bertungkus lumus menyedia dan menghias bilik ini dan dinamakan "MEMORABILIA AL-GHAZALI". Galeri ini menempatkan hasil kreatif pelajar SDARY, Pingat dan anugerah yang diperolehi serta rekod pencapaian sekolah disamping rekod sejarah penubuhan awal SMK Dato' Abdul Rahman Yassin. [Lagi gambar, sila klik tab Galeri Memorabilia Al-Ghazali di atas]

MAJLIS ANUGERAH APRESIASI & GRADUASI 2012

TARIKH : 29.9.2012
TEMPAT : BALAI MERDEKA SDARY
DIRASMIKAN OLEH : ENCIK ABDUL AZIZ BIN HJ. REDWAN

Objektif
- Meraikan pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang akan menamatkan persekolahan
- Memberi motivasi kepada pelajar agar lebih berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi
- Menghargai sumbangan dan penglibatan pelajar di dalam aktiviti ko-kurikulum
- Membentuk ketrampilan diri pelajar.














Saturday, June 30, 2012

TEMASYA SUKAN TAHUNAN KE-35

Pada 28 Jun 2012 telah berlansung acara temasya sukan tahunan ke-35 peringkat sekolah. Temasya ini telah dirasmikan oleh Y.B. DATO HAJI MOHD. ALI BIN HAJI HASSAN DPMJ., PJN., KMN., PIS., AMN., PPN. (SPEAKER NEGERI JOHOR). 


 KADET POLIS - JOHAN PERBARISAN UNIT UNIFORM








KONTIJEN  BETA - JOHAN PERBARISAN RUMAH SUKAN






RUMAH ALPHA -JOHAN SENAMROBIK & CHEERS





RUMAH DELTA- JOHAN PERTANDINGAN KHEMAH TERCANTIK





OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI






RUMAH BETA- JOHAN TARIK TALI








JOHAN RUMAH SUKAN - RUMAH BETA
TEMPAT KEDUA              - RUMAH SIGMA
TEMPAT KETIGA              - RUMAH ALPHA
TEMPAT KEEMPAT        -  RUMAH DELTA


Wednesday, May 23, 2012

SAMBUTAN HARI GURU 2012

RABU, 16 Mei 2012 - Sekolah SDARY telah mengadakan sambutan hari guru bertempat di Balai Bestari dan Balai Merdeka. Majlis ini telah berlangsung pada pukul 8 pagi. Hari Guru pada tahun ini bertemakan 'Fairy Tail'. Walaupun hujan turun dengan lebat, majlis ini telah dapat disambut dengan meriah. Sepanjang majlis berlangsung, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti persembahan nyanyian oleh para guru, kemudian disambung dengan persembahan oleh pihak pentadbiran dan juga persembahan pelajar. Persembahan pelajar terdiri daripada nyanyian dan tarian. Seterusnya jamuan hari guru telah diraikan di Coffee House, Tropical Inn Hotel Johor Bahru.




Sunday, May 13, 2012

AKTIVITI SEPANJANG BULAN APRIL 2012


1. MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL - 4 APRIL 2012

2. PERTANDINGAN BADMINTON KEBAS - 11 APRIL 2012

3. LAWATAN KE KFCH - 21 APRIL 2012

4. MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG - 28 APRIL 2012


5. MINGGU SAINS DAN MATEMATIK - 30 APRIL 2012

6. PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN CORAL SPEAKING PERINGKAT     DAERAH   - 23 APRIL 2012

PERTANDINGAN INOVASI DI UTM- 9 APRIL 2012

TAHNIAH!
Sekolah kita berjaya mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan inovasi "Eco Chiller" di UTM.


Selain itu, sekolah kita juga berjaya mendapat tempat ke-2 untuk pertandingan "Self Righting Boat System"
Tahniah diucapkan kepada:
1. Thabroni 
2. Mohammad Shaiful Hashim
3. Mohd Izzan
4. Mohd Irman Shah
5. Mohd. Zulfazli
 dan guru-guru pengiring








MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU PERINGKAT DAERAH- 31 MAC 2012


PROGRAM MOTIVASI PMR & SPM - 31 MAC 2012

Syukur...
Pelajar SDARY yang bakal menduduki PMR dan SPM semakin bersemangat!!

Teruskan USAHA!!

SDARY BOLEH!! YEAH..

MAJLIS PERPISAHAN GURU- 29 MAC 2012

Majlis perpisahan 7 orang guru ke SMK Damansara Allif
1. Pn. Khairunnisa Bt Kassim
2. Pn. Norsyarfani Bt Mokhtar
3. Pn. Selvajothi a/p Suppiah
4. Pn. Yeo Ah Moi
5. Pn. Norliza
6. Pn. Nihlah Bt Ahmad Reduan
7. Pn. Seriyanti

KALAU ADA SUMUR DI LADANG,
BOLEH KITA MENUMPANG MANDI,
KALAU ADA UMUR PANJANG,
BOLEH KITA BERJUMPA LAGI..

TERIMA KASIH CIKGU.. JASAMU KU KENANG..

LARIAN SDARY- 24 MEI 2012

LARI! LARI!!!!!!

KEPUTUSAN SPM 2011- 21 MAC 2012

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mendapat keputusan baik dalam peperiksaan SPM.

Pelajar cemerlang SPM 2011

1. Heng Soo Chuan
2. Nurul Rasyidatul Huda Bt. Mohamad Noor

MINGGU PUSAT SUMBER- 19 MAC 2012

Minggu pusat sumber telah dilancarkan pada 19 Mac 2012 serentak dengan Majlis Pelantikan Pengawas pusat sumber

Sunday, March 18, 2012

PENGAMBILAN KEPUTUSAN SPM 2011

Kepada semua pelajar yang mengambil peperiksaan SPM 2011 yang lepas, Pengambilan slip keputusan boleh dilakukan pada 21 MAC 2012, bermula jam 10.00 pagi. 
Penting!! Calon SPM 2011 perempuan mestilah berbaju kurung dan pelajar lelaki hendaklah berpakaian kemas dan berseluar panjang ketika hadir di sekolah.
Calon juga boleh semak keputusan SPM 2011 melalui SMS yang di sediakan oleh Kementerian di mySMS.
  • Taip SPM [NO KAD PENGENALAN ][ ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888
  • contoh :  SPM 94XXXXXXXXXX JBXXXXXXX hantar SMS ke 15888
Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.

PELANCARAN MIGGU ANTI DADAH

Pada 5 hingga 9 Mac yang lalu SDARY telah melancarkan Minggu Anti Dadah 2012 

 Minggu Anti Dadah ini telah dirasmikan oleh Pn Hajah Afrinah binti Mohd Ikhsan selaku pengetua SDARY dengan tema " 1 MALAYSIA MEMBENTERAS DADAH". Pn Hajah Madiah selaku Penolong Kanan 1 pula menyampaikan perutusan oleh KPP.

Program  ini memberi pendedahan tentang bahaya-bahaya dadah kepada pelajar dan guru secara menyeluruh dengan jemputan wakil Inspektor polis dari IPD JB untuk menerangkan lebih mendalam.

Para pelajar digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu berlangsung iaitu Pertandingan Nyanyian Nasyid Anti dadah, Poster Anti dadah, Buku Skrap, Pameran dan Kuiz.
 Ikrar Anti Dadah

Sunday, February 26, 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 36 DAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433 HIJRAH


Sabtu 25 Februari 2012 telah berlangsungnya dua Majlis serentak iaitu Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Sambutan Maulidur Rasul. 

Terdapat 7 unit uniform telah mengambil bahagian dalam pertandingan kain rentang yang bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah. 

Majlis ini dimulakan dengan paluan Kompang yang diketuai oleh Cikgu Zainal dan selawat ke atas Nabi sambil berarak di sekitar kawasan. Majlis ini kemudiannya diserikan lagi dengan persembahan video dan persembahan Marhaban dan Nasyid serta tidak kurang hebatnya penceramah jemputan yang hadir untuk memeriahkan lagi majlis untuk kita menghayati perjuangan Rasulullah S.A.W.



Add caption


Mesyuarat PIBG telah diadakan di Balai Merdeka, telah mendapat sambutan menggalakkan daripada ibu bapa. Antara agenda mesyuarat adalah pembentangan bajet 2011yang lepas dan cadangan bayaran PIBG pada tahun ini.

Mesyuarat ini dengan rasminya ditanguhkan tepat jam 10.30 pagi.

PELANTIKAN PEMIMPIN SESI PERSEKOLAHAN 2012


Pelantikan Pemimpin bagi Sesi Persekolahan 2012 telah diadakan pada 23 Februari 2012 iaitu pada hari Khamis.  Majlis ini diadakan bagi menghargai pemimpin sekolah, termasuklah Badan Pengawas, Pengerusi Unit Uniform, Pengerusi Rumah Sukan, Pengerusi Kelab dan Persatuan, Pengerusi Sukan dan Permainan dan juga Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan.

Pelantikan pada kali ini , telah dirasmikan oleh YDP PIBG,  Tuan Haji Kamaruddin Bin Bujang. Diharap semua pemimpin dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan saksama.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2012


Pada 17, 18 dan 19 Februari 2012 pihak Kokurikulum SDARY telah mengadakan perkhemahan Unit Beruniform Bagi pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3. Perkhemahan ini telah diadakan dengan jayanya dengan kehadiran hampir 150 pelajar. 

Antara aktiviti yang telah dilakukan adalah, mendirikan khemah, aktiviti burung hantu, solat berjemaah setiap waktu, senaman pagi, kawad kaki, orietering, demo kadet polis, asas ikatan, pertolongan cemas, sukaneka dan malam kebudayaan.

Sunday, February 12, 2012

MINGGU MAULIDUR RASUL 2012

pada 13 hingga 17 februari, sekali lagi SDARY mengadakan minggu maulidur rasul bertemakan PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH. Di sepanjang minggu ini, terdapat beberapa aktiviti yang akan dijalankan seperti Hafazan, Tilawah Al Quran, Kuiz bertulis, Kuiz spontan, pertandingan nasyid, pertandingan azan dan pertandingan sepanduk antara unit uniform. Di harap pelajar SDARY dapat menampilkan kebolehan diri melalui pertandingan yang akan diadakan.

Wednesday, January 11, 2012

PEMBERITAHUAN KEGIATAN KOKURIKULUM 2012

JUMAAT: KELAB SUKAN DAN PERMAINAN
MASA: 7.30-9.30 PAGI UNTUK SESI PETANG
3.30-5.30 PETANG UNTUK SESI PAGI

SABTU : MESYUARAT DAN AKTIVITI BADAN BERNIFORM
MINGGU 2 DAN 4 DITETAPKAN OLEH : 7.45-10.00 PAGI

LATIHAN RUMAH SUKAN
MASA : 7.30-9.30 UNTUK SESI PETANG
3.30-5.30 UNTUK SESI PAGI
DELTA : ISNIN
BETA. : SELASA
ALPHA : RABU
SIGMA : KHAMIS