
SDARY SMK Dato’ Abdul Rahman Yassin yang beralamat di JKR 4418 Jalan Pengangkutan, 81200 Johor Bahru, telah dibina di atas tapak seluas 15 ekar. Bangunan sekolah ini di kelilingi oleh pohon-pohon yang menghijau di kawasan Perumahan MARA dan bersebelahan pula dengan Taman Perumahan Kobena. Setelah dibina bangunan tambahan setinggi 4 tingkat bermula pada 2008, sekolah ini kelihatan tersergam indah dan boleh dilihat dengan jelas melalui lebuhraya Taman Perling ke Pasir Gudang.
Sunday, March 30, 2014
Monday, March 17, 2014
PROGRAM KAYUHAN MESRA KOMUNITI - 17.3.2014
Pada hari ini, SDARY berasa sangat bertuah kerana menerima kunjungan daripada sepasukan 120 orang penunggang basikal daripada PDRM dan MCPF. Kami sangat berbesar hati dengan kehadiran anda semua. TERIMA KASIH!!!
Sunday, March 16, 2014
RENTETAN PERISTIWA SDARY JANUARI - MAC 2014
Masa berlalu dengan begitu cepat. Terasa masih baru melangkah ke tahun baru 2014, rupanya hampir 3 bulan sudah masa berlalu.. Berikut adalah rentetan peristiwa yang berlangsung di sekolah SMK Dato' Abdul Rahman Yassin bagi bulan Januari hingga Mac 2014
LARIAN SDARY DAN PROGRAM BERSAMA SHELL, KELAB SUPERBIKE, DAN JABATAN KESIHATAN.
15.3.2014
MESYUARAT AGONG PIBG DAN MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
1.3.2014
Majlis yang diadakan serentak ini diadakan meriah dengan kehadiran ramai ibu bapa dan pelajar. Majlis dimulakan dengan Mensyuarat Agung PIBG dengan ucapan dan laporan isu semasa oleh Puan Pengetua, Pn. Marcella Bt. Darus, Pembentangan laporan tahunan oleh Setiausaha PIBG dan laporan kewangan oleh Bendahari PIBG. Mesyuarat PIBG ini dipengerusikan oleh YDP PIBG, Tuan Haji Kamaruddin Bin Bujang. Beberapa usul telah dibentangkan dan diterima oleh mesyuarat. Terima Kasih kepada semua yang hadir.
Majlis ini juga memberi penghargaan kepada 12 orang pelajar yang cemerlang dalam PMR 2013.
PERKHEMAHAN TAHUNAN KO-KURIKULUM
19.2.2014
MAJLIS PERPISAHAN 3 ORANG GURU UNTUK 2013
15.2.2014
TERIMA KASIH CIKGU MASTIZANA, CIKGU ZAIMAH DAN PN. ANIZA...
JASAMU KAMI KENANG....
MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
15.2.2014
Subscribe to:
Posts (Atom)