
SDARY SMK Dato’ Abdul Rahman Yassin yang beralamat di JKR 4418 Jalan Pengangkutan, 81200 Johor Bahru, telah dibina di atas tapak seluas 15 ekar. Bangunan sekolah ini di kelilingi oleh pohon-pohon yang menghijau di kawasan Perumahan MARA dan bersebelahan pula dengan Taman Perumahan Kobena. Setelah dibina bangunan tambahan setinggi 4 tingkat bermula pada 2008, sekolah ini kelihatan tersergam indah dan boleh dilihat dengan jelas melalui lebuhraya Taman Perling ke Pasir Gudang.
Sunday, March 29, 2015
Minggu Akademik Sains Sosial 2015
Pada 29 Mac lepas telah diadakan majlis perasmian minggu Akademik Sains Sukan dengan tema 'Warisan Kita Khazanah Kita'
Saturday, March 28, 2015
Sunday, March 8, 2015
Latihan Kebakaran Sesi Pagi
Pada 8 MAc telah diadakan latihan kebakaran bagi warga SDARY sesi pagi yang telah dikendalikan oleh En. Abdul Rahman Bin Daud. Latihan ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Saturday, March 7, 2015
Majlis Anugerah Kemerlangan 2015
Sejurus sahaja tamat Mesyuarat PIBG SDARY ke 39 pada 7 Mac yang lalu, telah berlangsung pula Majlis Anugerah Kecemerlangan. Tahniah kepada penerima anugerah, semoga akan terus cemerlang dan maju jaya.
Antara pelaja yang menerima anugerah kecemerlangan di dalam bidang akademik
Mesyuarat Agung PIBG ke 39
Mesyuarat Agung PIBG ke 39 telah berlangsung dengan jayanya pada 7 Mac 2009. Pada mesyuarat tersebut, Yang Di Pertua PIBG yang baru telah dilantik menggantikan Tuan Hj Kamarudin Bin Bujang iaitu Dato Md Shadip Bin Mohd. Semoga YDP yang baru bersama barisan exco yang baru akan membantu SDARY menjadi sekolah yang semakin maju dan berjaya, Insyallah
Monday, March 2, 2015
Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM 2014
Tahniah kepada pelajar-pelajar SDARY yang telah mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM 2014. Semoga anda semua akan terus sukses di dalam apa jua bidang yang diceburi.
Subscribe to:
Posts (Atom)