Tahniah kepada pelajar-pelajar SDARY yang telah mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM 2014. Semoga anda semua akan terus sukses di dalam apa jua bidang yang diceburi.
SDARY SMK Dato’ Abdul Rahman Yassin yang beralamat di JKR 4418 Jalan Pengangkutan, 81200 Johor Bahru, telah dibina di atas tapak seluas 15 ekar. Bangunan sekolah ini di kelilingi oleh pohon-pohon yang menghijau di kawasan Perumahan MARA dan bersebelahan pula dengan Taman Perumahan Kobena. Setelah dibina bangunan tambahan setinggi 4 tingkat bermula pada 2008, sekolah ini kelihatan tersergam indah dan boleh dilihat dengan jelas melalui lebuhraya Taman Perling ke Pasir Gudang.
Monday, March 2, 2015
Friday, February 27, 2015
Program Perkhemahan Badan Beruniform 2015
Pada 27 Februari sehingga 28 Februari 2015, sebuah program perkhemahan telah di adakan untuk ahli badan beruniform SDARY yang terdiri dari lebih 80 orang pelajar. Semua peserta telah menunjukkan kesungguhan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Semoga ilmu yang didapati sepanjang program dapat dimanfaatkan di dalam kehidupan seharian mereka.
Peserta bergambar bersama guru-guru di akhir program
Pendaftaran peserta
Peserta mula mendirikan khemah
Peserta memasak dengan bantuan rakan-rakan, guru dan pelajar senior
Makan malam
Night walk
Treasure Hunt
Aktiviti Merempuh halangan
Sunday, February 15, 2015
Majlis Perlantikan Pemimpin 2015
Pada 15 Februari telah diadakan Majlis Perlantikan Pemimpin bagi pelajar SDARY sesi pagi dan petang. Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat, semoga akan melaksanakan tanggungjawab anda sebagai pemimpin dengan amanah dan berdedikasi.
Ucapan Puan Pengetua SDARY
Antara pemimpin pelajar sesi pagi yang menerima surat perlantikan
Sesi melafaz ikrar pemimpin
Pemimpin-pemimpin pelajar sesi petang menerima surat perlantikan
Saturday, February 14, 2015
Sunday, February 8, 2015
Pertandingan Keceriaan Kelas 2015
Pada 8 Februari yang lalu telah di adakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan keceriaan kelas. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mencantikkan kelas supaya sejajar dengan pembelajaran abad ke 21. Tahniah kepada kelas yang menang.
Thursday, January 1, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)