Tuesday, May 17, 2011

When Cik Cham Says Goodbye

Pada 14 Mei yang lalu, Cik Cham Juat Eng (Ketua Bidang Sains dan Matematik Sdary) menyambut hari lahirnya yang ke 58, sekaligus menamatkan perkhidmatannya setelah berada di Sdary selama 25 tahun.  Majlis meraikan persaraan telah diadakan pada Sambutan Hari Guru Sdary yang berlangsung pada 16 Mei 2011. Tentunya sambutan kalli ini sangat istimewa untuk Cik Cham, kerana selepas ini beliau tidak lagi akan menyambutnya bersama warga Sdary di sekolah.  Semua warga Sdary mengucapkan Selamat Bersara kepada Cik Cham. Semoga Cik Cham hidup berbahagia bersama keluarga dan menikmati kehidupan setelah begitu lama menabur bakti di sekolah khususnya di SMK Dato Abdul Rahman Yassin. Kami amat yakin Cik Cham akan merindui sekolah sebagaimana kami akan merindui kehadirannya. Tiada sehebatnya dalam P&P Matematik Tambahan khususnya dan Matematik SPM amnya.

Jika Cik Cham rindukan kami, jenguk-jenguklah Sdary bila-bila masa sahaja yang Cik Cham suka.


Cenderahati untuk Cik Cham yang disayangi semua orang...Selamat Bersara Cik Cham!

Cikgu Cham jadi-jadian....


" Haha...saya selalu katakan...saya mesti masuk kelas 5 Cerdas dengan cepat, sebab kelas mereka bising seperti Pasar Ikan dan Pasar Sayur!!!"

"Owh! Saya takkan lupakan sambutan Hari Guru tahun ini...saaangat sensational...I feel like I want to cry!"


" 25 tahun berlalu bagai sekelip mata sahaja".
"Tiada kerjaya yang lain seperti kerjaya seorang guru, menjadi guru, saya sentiasa merasa muda kerana bergaul dengan pelajar yang muda"



Faizal pun...ambil kesempatan juga ya.

Langit pun menangis juga pada hari itu.




Sebenarnya, pada hari guru tempoh hari, ada slide show yang dah disediakan untuk Cik Cham tetapi tidak sempat ditayangkan. Jika sudi boleh download slideshow untuk Cik Cham di sini

3 comments:

  1. Cikgu Cham merupakan guru kelas saya ( 5 sc 1) bagi batch 1989-1990...seorang guru yg penyabar dan berdedikasi dalam mendidik anak murid..Terima kasih & Selamat bersara utk Cikgu Cham..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu Cham merupakan guru kelas saya pada tahun 1986 . Terima Kasih Cikgu . Jasamu Tetap dikenang...

      Delete