Tuesday, May 17, 2011

When Cik Cham Says Goodbye

Pada 14 Mei yang lalu, Cik Cham Juat Eng (Ketua Bidang Sains dan Matematik Sdary) menyambut hari lahirnya yang ke 58, sekaligus menamatkan perkhidmatannya setelah berada di Sdary selama 25 tahun.  Majlis meraikan persaraan telah diadakan pada Sambutan Hari Guru Sdary yang berlangsung pada 16 Mei 2011. Tentunya sambutan kalli ini sangat istimewa untuk Cik Cham, kerana selepas ini beliau tidak lagi akan menyambutnya bersama warga Sdary di sekolah.  Semua warga Sdary mengucapkan Selamat Bersara kepada Cik Cham. Semoga Cik Cham hidup berbahagia bersama keluarga dan menikmati kehidupan setelah begitu lama menabur bakti di sekolah khususnya di SMK Dato Abdul Rahman Yassin. Kami amat yakin Cik Cham akan merindui sekolah sebagaimana kami akan merindui kehadirannya. Tiada sehebatnya dalam P&P Matematik Tambahan khususnya dan Matematik SPM amnya.

Jika Cik Cham rindukan kami, jenguk-jenguklah Sdary bila-bila masa sahaja yang Cik Cham suka.


Cenderahati untuk Cik Cham yang disayangi semua orang...Selamat Bersara Cik Cham!

Cikgu Cham jadi-jadian....


" Haha...saya selalu katakan...saya mesti masuk kelas 5 Cerdas dengan cepat, sebab kelas mereka bising seperti Pasar Ikan dan Pasar Sayur!!!"

"Owh! Saya takkan lupakan sambutan Hari Guru tahun ini...saaangat sensational...I feel like I want to cry!"


" 25 tahun berlalu bagai sekelip mata sahaja".
"Tiada kerjaya yang lain seperti kerjaya seorang guru, menjadi guru, saya sentiasa merasa muda kerana bergaul dengan pelajar yang muda"



Faizal pun...ambil kesempatan juga ya.

Langit pun menangis juga pada hari itu.




Sebenarnya, pada hari guru tempoh hari, ada slide show yang dah disediakan untuk Cik Cham tetapi tidak sempat ditayangkan. Jika sudi boleh download slideshow untuk Cik Cham di sini

Sambutan Hari Guru 2011





Hari Guru SMK Dato Abdul Rahman Yassin 2011, disambut meriah pada Isnin, 16 Mei 2011. Tema tahun ini adalah MERAH jangan MARAH.  Bercahaya muka para guru yang hadir mngagayakan pakaian merah masing-masing. Bila dah duduk berkumpul dengan pakaian warna serupa, terserlahlah kesatuan jiwa antara guru. Semua bersatu hati meraikan hari bahagia mereka....mmmm apa yang membahagiakan ya.? Ada guru-guru beritahu, yang bahagianya ialah...pada Hari Guru, guru pergi sekolah tetapi tidak perlu mengajar, bahkan mereka pula diraikan. Memang Best!

Agak terkial-kial jugalah menyanyikan lagu baru Tema Hari guru tahun ini. Walaupn ada liriknya dalam buku program, lagunya ada yang tak pernah dengar langsung. Tak apa. macamana pun, cikgu2 menyanyi memang best!

En Azmi termenung jauh, siapalah yang dia nampak di atas pentas sana tu...........




Yang ini agak dahsyat  juga. Dengar cerita cikgu ni main bersungguh, sampai leher jadi jam, tak boleh nak berpusin. Yes! Cikgu Haizam memang hebat!  Asyik menang aje  ya!

Tuesday, May 10, 2011

Minggu Bahasa 2011


Pelancaran Minggu Bahasa 2011

Tahniah Pasukan Sofbol Sdary!


Pasukan sofbol Sdary telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan sofbol MSSD yang berlangsung pada 6-8 Mei yang lalu. Tahniah dan syabas atas pencapaian yang semakin meningkat berbanding tempat ke tiga di tahun lalu. Tahun ini adalah tahun kemenangan Sdary, Insyaallah tahun depan, kita sasarkan Johan...


Tahniah kepada ahli pasukan dan guru-guru yang diketuai oleh En Youssainier Yusof.
Sdary...Menyerlah Jauh dari yang BIASA!

Tuesday, April 12, 2011

Lagi emel daripada bekas pelajar....

1..Daripada rzaidi@utm.my  


"saya bekas pelajar sekolah ini dari tahun 1985 - 1989 merakamkan jutaan terima kasih kepada sekolah dan guru guru yang telah mengajar saya.Ampun dan maaf juga kepada guru guru seandainya saya telah menyakitkan hati mereka.Saya teringin sekali nak masuk tengok kawasan sekolah...tapi bolehke masuk....."


2.  Daripada  azali8@hotmail.com  


askm kepada para pembaca,disini sy ingin menyatakan betapa terharunya sy ketika sy membuka laman web ini kerana sy tk sangka ia blh pergi sejauh ini kerana pada zaman sy menunutut pd tahun 1991 hingga ke tahun 1996.ia berada pada tahap akademik yg kurang memuaskn..kepada PUAN FATIMAH ABD JALIL sebagai pengetua beliau telh bertugus lumus menaikan taraf akademik.juga kpd puan zaiton HEM diwaktu itu byk memberikan nasihat motivasi yg menaikan semangat terlalu byk sgt kenangan yg indah syg sekali ms tk ada berputar kembali utk kita memperbetulkn ape yg silap dn kurang tp sekrg sy bersyukur kerana sy berjaya dlm 70 peratus pencarian dn impian hidup sy..sy skrg mempunyai syarikat yg maju dn stabil..dn rakan2 sy sekelas sy menjadi tenaga pengajar muzik diyayasan warisan johor jg mempunyai syarikat sendiri..dn sebahagian drpnya tk dpt sy hubungi.....TERIMA KASIH PARA GURU ,CIKGU AYADALI,CIKGU ZAITON,PUAN FATIMAH,CIK RASITAH,CIKGU NAEMAH,CIKGU AMIR JUSOH dan sumenya semoga allah swt
merahmati kamu sumenya ....sy akhiri dgn ucapan wassalam 0127974453....




Friday, April 8, 2011

KEM MOTIVASI PMR DAN SPM

Sekitar Kem Motivasi PMR dan SPM yang diadakan pada 12 Mac 2011 dan 2 April 2011