Sunday, February 27, 2011

emel

Terharu apabila membaca emel yang dihantarkan oleh beberapa bekas pelajar melalui blog sdary di wordpress. Saya lampirkan di sini supaya dapat dibaca oleh semua orang. Antaranya adalah :

1. Daripada : nowarplz80@yahoo.com
Assalam.. saya sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk belajar di sekolah ini..tahniah kepada semua yang pernah atau sedang berkhidmat di SDARY kerana tidak semua orang berasa bangga apabila berada di sekolah ini.. membawa nama SDARY merupakan satu cabaran..dan sekali lagi tahniah kepada yang berjaya mengangkat SDARY ke tahap yang lebih baik, sama ada perubahan itu yang dapat dinilai ataupun tidak, besar ataupun kecil..

saya juga mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan kakitangan SDARY kerana memberikan tunjuk ajar akademik, nilai-nilai moral dan semangat jati diri secara langsung ataupun tidak, sama ada ketika waktu pembelajaran ataupun di luar waktu pembelajaran..

akhir kata, semoga pelajar SDARY lebih berusaha gigih dan berjaya dengan bimbingan daripada kalian.. semoga Allah memberikan kalian umur yang berkat, kesihatan yang baik, kejayaan dan kebahagian di dunia dan di akhirat.. sekian.



2.  Daripada : manvirago@gmail.com
haiii....sekolah ku..dah terlalu lama tak jengah2 sekolah yang banyak menyimpan berjuta2 kenangan yang tak akan dapat di lupa kan..bila balik kg saya luang kan masa mesti ronda kat kawasan sekolah..rasa nya dah 8 tahun tak jengok sejak p france..saya harap satu hari nanti saya dpt berjumpa dengan cikgu2 dan kekawan  class 4 sastera 4 dan 5 sastera 4.yang pernah mengajar saya ..saya amat2 bersyukur dpt cikgu2 yg tak pernah kenal jemu2 mengajar.majority dalam class tu nakal.skang dah ok dah.......THANKS FOR U ALL;..1983-87


Semoga semua pelajar Sdary yang masih bersekolah, dapat menghargai sekolah semasa masih berada di sini.

No comments:

Post a Comment