
SDARY SMK Dato’ Abdul Rahman Yassin yang beralamat di JKR 4418 Jalan Pengangkutan, 81200 Johor Bahru, telah dibina di atas tapak seluas 15 ekar. Bangunan sekolah ini di kelilingi oleh pohon-pohon yang menghijau di kawasan Perumahan MARA dan bersebelahan pula dengan Taman Perumahan Kobena. Setelah dibina bangunan tambahan setinggi 4 tingkat bermula pada 2008, sekolah ini kelihatan tersergam indah dan boleh dilihat dengan jelas melalui lebuhraya Taman Perling ke Pasir Gudang.
Tuesday, February 8, 2011
Solat Hajat Bulanan
Syahdu melihat suasana begini kan!
Anak-anak di Sdary tidak lagi seperti yang disangka orang. Kalau seseorang itu sudah lama tidak menjejak kaki ke Sdary, kedatangannya pada hari-hari ini tentunya menimbulkan rasa yang pelbagai. keterlaluan tak kalau saya sebut perasaan itu sebagai rasa ta'jub? Mengapa tidak? Lihatlah Sdary dari dekat....anak2nya baik dan SOLEH. Mulai tahun 2011 ini. pada setiap jumaat, pelajar2 akan digilir-gilirkan untuk menunaikan solat hajat, memohon kepada Allah agar diampuni segala dosa, di luaskan rezeki, di bukakan hati dan diberkati seluruh kehidupan. Sebulan sekali, pada pagi yang sama, pelajar2 lelaki dan perempuan, disertai pula oleh guru-guru, akan mendirikan solat hajat secara berjemaah di Balai Bestari. Semoga Allah memberkati seluruh warga Sdary. Semoga Sdary terus makmur...melahirkan anak2 yang berjaya dan bahagia, di dunia dan akhirat. Amin..
Labels:
program
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment