Ujian formatif 1 akan dijalankan bermula pada 28 Februari 2011 sehingga 2 Mac 2011. Semua pelajar diingatkan supaya bersedia dengan membuat ulangkaji secukupnya untuk menghadapi ujian ini. Walaupun ia sekadar ujian, janganlah pelajar mengambil ringan akan pesanan Puan Pengetua pada perhimpunan pada hari isnin 21 Februari yang lalu.
Pelajar Sdary mestilah bangkit dari tidur dan mula melakar sejarah dengan pencapaian di luar jangkaan. Dengan penuh tekad, pelajar Sdary mesti memastikan bahawa Sdary Boleh "MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA"

SDARY SMK Dato’ Abdul Rahman Yassin yang beralamat di JKR 4418 Jalan Pengangkutan, 81200 Johor Bahru, telah dibina di atas tapak seluas 15 ekar. Bangunan sekolah ini di kelilingi oleh pohon-pohon yang menghijau di kawasan Perumahan MARA dan bersebelahan pula dengan Taman Perumahan Kobena. Setelah dibina bangunan tambahan setinggi 4 tingkat bermula pada 2008, sekolah ini kelihatan tersergam indah dan boleh dilihat dengan jelas melalui lebuhraya Taman Perling ke Pasir Gudang.
No comments:
Post a Comment